Peristiwa ini tak dapat dilupakan dalam lipatan sejarah hidupku... Selepas 17 tahun memiliki lesen memandu ini adalah kali pertama dikejar polis Melaka.Bukannya... apa tetapi dalam berhati-hati bawa kereta sehinggakan pijak katak pun tak pernah ( kalau tak perasan wallahualam) berlaku juga kesalahan ketika memandu.
Begini ceritanya... Setelah habis kelas sekitar pukul 10 saya meminta kebenaran guru besar untuk keluar membeli ubat seorang sahabat di Terengganu ( ubat kanser ). Ketika ini jalan kat Melaka masih tak berapa fasih maklumlah baru dua minggu pindah ke Melaka. Masa nak keluar tu doa biar Allah permudahkan(mlm sebelum tu dah buka google map survey jalan) yang tahu nama Taman je, kat mana dah lupa walaupun dah pernah sekali kesitu.
Masa tengah memandu, asyik je.. ikut kereta depan sehinggalah dia membelok masuk ke Taman berhampiran Air Port saya pun membelok sama.Bila dah perasan tersalah masuk Taman saya berhenti sekejap ditepi jalan utuk check lakaran peta yg dilukis sendiri.Nampak jauh dihadapan ada sekatan jalan dipintu masuk Taman. Selepas dah pasti tersalah masuk, saya terus pusing balik.Tanpa disedari polis yg buat sekatan jalan tadi rupanya mengejar kereta saya.Masa tu tak perasan lagi,pandu je kereta macam biasa..Bila polis tu hon dua kali dan beri isyarat suruh ketepi barulah sedar yang polis kejar kereta saya rupanya.
Ya Allah.. Paniknya Tuhan saja yg tahu.. Bila polis mintak lesen terus je bagi.. tapi dia tanya dulu nak kemana? Kerja apa? Suami kerja apa? saya terus je cerita saya ni baru kat melaka jadi tak arif sangat jalan kat sini dan tujuaannya nak cari ubat kawan.Polis ni siap tanya ubat apa?Ada no telefon yg jual ubat tu? Nampak polis tu tinjau-tinjau dalam kereta.. Bila saya bg no phone ustaz yang jual ubat dia terus catat nak cuba beli juga katanya.Setelah berpuashati yang saya bukanlah orang yang lari dari sekatan polis barulah dia beredar tanpa mengeluarkan apa-apa saman. Alhamdulilah...
Sunday, June 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment