
Baginda bersifat tawaduk,rendah diri,tenang,berani,sabar,tegas dan kuat menyimpan rahsia.Sangat cintakan ulama dan selalu berdiskusi dengan mereka. Sentiasa membawa ulama ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya.
Pada kali pertama solat jumaat hendak didirikan setelah Constantinople dibebaskan,timbul pertanyaan siapa yg layak menjadi imam.Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,"Siapa diantara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!"Tiada seorang pun yang duduk kerana tidak seorang pun diantara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi,"siapa di antara kita yang sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!"Sebahagian tenteranya duduk.Kemudian Baginda bertanya lagi,"siapa di antara kamu sejak baligh hingga saat ini pernah meninggalkan solat tahajud walaupun satu malam,sila duduk!"Kali ini semuanya duduk,kecuali Sultan Muhammad Al Fatih sendiri. Akhirnya Bagindalah yang menjadi imam.
No comments:
Post a Comment