Saturday, July 10, 2010

Elakkan Mesin Ajaib!

Jimmy Conway (bukan nama sebenar) , seorang pemuda berumur 32 tahun, berasal dari Setapak, dan sedang dalam perjalanan untuk pergi ke Pakistan. Jadual penerbangannya ialah pada pukul 2 petang. Namun begitu, beliau telah pun tiba di KLIA pada pukul 12 tengahari. Memandangkan masih ada banyak masa lagi, maka, Jimmy conway mengambil keputusan untuk bersiar-siar terlebih dahulu di kawasan sekitar KLIA.

Sedang beliau bersiar-siar, beliau ternampak sebuah mesin penimbang dan pengukur. Memandangkan beliau sudah lama tidak menimbang berat badan beliau, maka beliau pun ingin mencuba mesin tersebut.

Beliau pun memasukkan duit syiling 50 sen dan mula menaiki alat penimbang tersebut.

Tiba-tiba, alat penimbang tersebut pun mengeluarkan suara..

“Hai Jimmy! Berat anda ialah 70kg, anda berumur 32 tahun, berasal dari Setapak, dan akan menaiki kapal terbang ke Pakistan pada pukul 2 petang!”..

Wah!.. Jimmy agak terkejut!… bagaimana mesin ini boleh tahu nama, umur, tempat asal serta jadual penerbangan beliau. Jimmy tak berapa puas hati.. sekali lagi jimmy masukkan duit 50 sen dan menaiki mesin penimbang tersebut.

Sekali lagi, alat penimbang tersebut mengeluarkan suara..

“Hai Jimmy! Berat anda ialah 70kg, anda berumur 32 tahun, berasal dari Setapak, dan akan menaiki kapal terbang ke Pakistan pada pukul 2 petang!”..

Jawapannya sama… Jimmy masih tidak puas hati. Jimmy mengeluarkan topi serta cermin mata hitam dari beg beliau dan memakainya. “Kali ini, mesti mesin ini tidak dapat cam aku”.. bisik hati Jimmy.

Jimmy masukkan lagi duit 50sen dan menaiki mesin penimbang tersebut.. mesin tersebut masih mengeluarkan syat yang sama..

“Hai Jimmy! Berat anda ialah 70kg, anda berumur 32 tahun, berasal dari Setapak, dan akan menaiki kapal terbang ke Pakistan pada pukul 2 petang!”..

Hmm.. jimmy masih tidak puas hati.. kali ini beliau bergegas ke bilik air dan menukar pakaian beliau. Dari berbaju putih kepada baju merah berbunga-bunga dan berseluar pendek. Kemduain, beliau kembali semula ke mesin tersebut, memasukkan duit 50sen dan menaiki semula alat penimbang tersebut.

Hasilnya, mesin tersebut masih mengeluarkan jawapan yang sama..

“Hai Jimmy! Berat anda ialah 70kg, anda berumur 32 tahun, berasal dari Setapak, dan akan menaiki kapal terbang ke Pakistan pada pukul 2 petang!”..

Hmm.. Jimmy masih tak puas hati, bagaimana mesin ini boleh mengenali diri beliau? Jimmy mengambil keputusan untuk pergi ke kedai gunting rambut dan menggunting rambut, fikirnya, mungkin mesin ini tidak akan dapat mengecam dirinya jika dia sudah menukar fesyen rambutnya.

Setalah selesai menggunting rambut dan sekali lagi menukar pakaian, Jimmy kembali semula ke mesin tersebut dan memasukkan duit 50sen dan menaiki mesin penimbang tersebut.

Kali ini, mesin tersebut memberikan jawapan yang sedikit berlainan..

“Hai Jimmy! Berat anda ialah 70kg, anda berumur 32 tahun, berasal dari Setapak, dan anda kini, telahpun terlepas penerbangan anda 15 minit yang lalu.. ho! ho! ho!” ujar mesin tersebut…

Cerita tamat….

Ya! adik-adik rakan-rakan! Dalam kehidupan kita ini, terlalu banyak perkara yang melalaikan kita tanpa kita sedari. Oleh itu, kita perlulah bijak mengenalpasti, apakah dia mesin-mesin ajaib yang terdapat di dalam kehidupan kita dan cubalah elakkan diri anda daripadanya.

Bagi rakan-rakan usahawan internet, terdapat banyak mesin-mesin ajaib yang wujud di internet. Antara mesin ajaib yang terdapat di internet ialah seperti youtube, facebook, chatting, online games dan banyak lagi. Jadi, pepandailah anda mengawal diri sewaktu anda menggunakan mesin ajaib tersebut. Bukan tidak boleh guna langsung.. tapi kena bijak dan berpada-pada menggunakannya..

Sunday, June 13, 2010

Pengalaman dikejar Polis Melaka

Peristiwa ini tak dapat dilupakan dalam lipatan sejarah hidupku... Selepas 17 tahun memiliki lesen memandu ini adalah kali pertama dikejar polis Melaka.Bukannya... apa tetapi dalam berhati-hati bawa kereta sehinggakan pijak katak pun tak pernah ( kalau tak perasan wallahualam) berlaku juga kesalahan ketika memandu.

Begini ceritanya... Setelah habis kelas sekitar pukul 10 saya meminta kebenaran guru besar untuk keluar membeli ubat seorang sahabat di Terengganu ( ubat kanser ). Ketika ini jalan kat Melaka masih tak berapa fasih maklumlah baru dua minggu pindah ke Melaka. Masa nak keluar tu doa biar Allah permudahkan(mlm sebelum tu dah buka google map survey jalan) yang tahu nama Taman je, kat mana dah lupa walaupun dah pernah sekali kesitu.

Masa tengah memandu, asyik je.. ikut kereta depan sehinggalah dia membelok masuk ke Taman berhampiran Air Port saya pun membelok sama.Bila dah perasan tersalah masuk Taman saya berhenti sekejap ditepi jalan utuk check lakaran peta yg dilukis sendiri.Nampak jauh dihadapan ada sekatan jalan dipintu masuk Taman. Selepas dah pasti tersalah masuk, saya terus pusing balik.Tanpa disedari polis yg buat sekatan jalan tadi rupanya mengejar kereta saya.Masa tu tak perasan lagi,pandu je kereta macam biasa..Bila polis tu hon dua kali dan beri isyarat suruh ketepi barulah sedar yang polis kejar kereta saya rupanya.

Ya Allah.. Paniknya Tuhan saja yg tahu.. Bila polis mintak lesen terus je bagi.. tapi dia tanya dulu nak kemana? Kerja apa? Suami kerja apa? saya terus je cerita saya ni baru kat melaka jadi tak arif sangat jalan kat sini dan tujuaannya nak cari ubat kawan.Polis ni siap tanya ubat apa?Ada no telefon yg jual ubat tu? Nampak polis tu tinjau-tinjau dalam kereta.. Bila saya bg no phone ustaz yang jual ubat dia terus catat nak cuba beli juga katanya.Setelah berpuashati yang saya bukanlah orang yang lari dari sekatan polis barulah dia beredar tanpa mengeluarkan apa-apa saman. Alhamdulilah...

Hebatnya.....Pembebas Constantinople( Muhammad Al-Fatih )


Baginda bersifat tawaduk,rendah diri,tenang,berani,sabar,tegas dan kuat menyimpan rahsia.Sangat cintakan ulama dan selalu berdiskusi dengan mereka. Sentiasa membawa ulama ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya.

Pada kali pertama solat jumaat hendak didirikan setelah Constantinople dibebaskan,timbul pertanyaan siapa yg layak menjadi imam.Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,"Siapa diantara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!"Tiada seorang pun yang duduk kerana tidak seorang pun diantara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi,"siapa di antara kita yang sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!"Sebahagian tenteranya duduk.Kemudian Baginda bertanya lagi,"siapa di antara kamu sejak baligh hingga saat ini pernah meninggalkan solat tahajud walaupun satu malam,sila duduk!"Kali ini semuanya duduk,kecuali Sultan Muhammad Al Fatih sendiri. Akhirnya Bagindalah yang menjadi imam.

Sunday, May 23, 2010

Al Amin Homestay


Selamat datang ke Homestay Al Amin.
RM200/hari.Dilengkapi kemudahan air con (master bedroom),mesin basuh,sterika,peti sejuk, water heater, TV ,3 bilik tidur,2 bilik air dll.